Selamat Datang

Selamat melayari laman blog Unit Perubatan Transfusi HUSM. Untuk info tambahan, sila layari laman web http://www.medic.usm.my/hematology/

Saturday, 26 March 2011

SEJARAH

Secara rasmi, unit ini mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Januari 1984 dengan kakitangan seramai 13 orang yang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan. Pada 22 Januari 1984, Makmal Tabung Darah mula menawarkan ujian-ujian yang bersangkutan dengan penggunaan darah kepada pesakit dan menghasilkan komponen darah untuk kegunaan transfusi. Selaras dengan perkembangan dalam bidang transfusi, Unit Tabung Darah bukan sahaja membekalkan darah, malah turut memberikan khidmat terapeutik. Maka, Unit Tabung Darah telah ditukar nama kepada Unit Perubatan Transfusi pada 1 Jun 2003.

Kini, Jabatan Hematologi, adalah dibawah pentadbiran Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), manakala Unit Perubatan Transfusi adalah di bawah pentadbiran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).




Halaman Utama

No comments:

Post a Comment